Wednesday, May 26, 2010

utara ke selatan?

Aku pilih UTARA kali ni, bukan tujuan bercuti, untuk bergumbiera jauh sekali. perjalanan kali ini lebih kepada menziarah paklong yang dah uzur, nak berjalan pun dah tak mampu, inikan pula nak dtg ke putrajaya untuk menjenguk anak2 buah. jd kewajipan anak buah la yg sepatutnya menjenguknya... hurmmm (bergenang air mata nie). bila brkesempatan balik penang aku, ummi n adik2 akan pekena sakan nasi kandaq, char kuew tiaw tak lupa juga laksa janggus :P besttt owwWWW!!! rugi kalau balik penang nak pekena bahn-bahan penambah berat badan nih :P

tiap kali balik dari penang aku mmg perasan benar, kami adik beradik akan berdiam diri, entah la aku pun tak tau kenapa malaikat lalu ker atau mungkin memori arwah abah kembali kot... sbb wajah tua paklong yg dihiasi dgn kedutan2 itu iras wajah adiknya iaitu arwah abah aku... mereka dua beradik jer lahir di bumi nie, itulah hadiah arwah tok brahim + arwah tok arba'yah pd aku adik beradik. kami rapat dgn paklong n maklong pun selepas arwah abah meninggal. kalau tak, mungkin sampai dinihari aku tak kenal siapa paklong aku hurmmmmm... carik2 bulu ayam akhirnya bercantum juga...

Biasa la bila berjumpa dgn paklong, paklong yang duduk kat katil usang nya akan bercerita kisah dia dan arwah masa kecil2, beria-ia dia bercerita, sambil berderai ketawa tak kurang juga bergenang air mata mengiringi cerita paklong... hurmmm paklong... paklong... semoga sehat selalu, terubat juga rindu pd arwah bila menatap wajah paklong :'(, al-Fatihah untuk arwah abah..

Wednesday, May 12, 2010

menuju puncak!!

berita terkini aku dapat ialah, aku telah tersenarai sbg salah seorang yg bakal mendaki puncak kinabalu 30 Julai - 5 Ogos 2010 nie mewakili warga KPM membawa bendera KPM bawah kelolaan MESCA. Hurmmm cam ner yea? kena build up stamina nie hihihi, dgn metabolisme yg semakin kurang, badan semakin chubby mampukah aku?
dgn keyakinanku AKU MAMPU!
dgn azamku AKU MAMPU!
dgn semangatku AKU MAMPU!
dgn kudratku insyaALLAH AKU MAMPU!