Monday, November 30, 2009

aM@R@H ku

Ada orang kata tak pernah tengok aku MARAH, orag tue kata mungkin aku di rumah juga mcm tue maka aman la rumah tangga…. Aku hanya mampu senyum tak ada kata2 yang sesuai untuk aku jawab, aku bukan Malaikat (bisik hati kecil ku). Perkara2 yang korang tak tau tentang diri aku cukup banyak hanya DIA yang tahu. Sebenarnya aku takut dengan diri aku sendiri bila aku marah hemmmmm…. (pelik tp itulah kebenarannya). Cukup sukar untuk aku kawal api amarah nie sebenarnya, bertahun2 aku cuba padamkan. Sbb aku tau bila orang tengok aku MARAH, orang akan benci pada aku. Sbb bila seseorang diMARAHI oleh aku, dia akan benci aku dunia n akhirat. Itu yang aku tahu, sebolehnya aku cuba tidak marah aka cuba kawal kemarahan ku. Sbb kemarahan yang julung2 kali nie membunuh jiwa aku sendiri, percayalah….
Cuma baru beberapa tahun kebelakang nie sejak seseorang milikNYA membuatkan api keMARAHan ini semakin mengecil…

tsunami melanda hati+ jiwa + minda = jiwa kacau bilau

Aku dikejutkan dgn berita yang bukan pun khabar angin. Kat sini aku boleh klasifikasikan khabar ni sebagai khabar tsunami :’( .
Citer nyer macam nie, khabar mengatakan tuan punyer post jawatan yang aku ditempatkan ni akan lapor diri petang nie. Dan sekaligus aku akan di pindahkan semula ke unit pentadbiran :’(. Nak kata seday tu tak jugak, tapi kecewa la….. entah la macamane nk bgtau pun susah,y ang aku tau perasaan + emosi aku time ni aka JIWA KACAU… sebb aku dah seronok duduk Unit ni, banyak ilmu dan orang2 kat unit nie peMURAH dengan limpahan ilmu.

Wednesday, November 18, 2009

aku tak boleh lupa

Hari nie mcm bias buat kerja yg tertunggak dlm pukul 5.30 smlm. Tengahari tadi ada panggilan yang maklumkan aku Sha_ _nwa_ nak datang tengok tempat kerja baru (opis nie) n aku tolong guide dari telepon mcmane nak datang sini. Pukul 3.30 dalam hujan lebat dia dgn susila (exoffice mate aku) pastu, bila diaorg sampai lobi aku pun turun la g jumpe n sembang2 petang hukhukhuk. Tiba-tiba berderau darah aku, kaku kaki ku apabila diantara mereka berdua, ada seorang lagi yg memang aku kenal sgt. Mmg betul la itu orang nya. Aku pun terus batalkan niat untuk berbual panjang dengan susila. Aku terus bgtau kwan aku aku ada kerja, aku terus berlalu. Tak tahan hati aku tengok dia, sbb aku rasa nak marah+belasah+halau+maku hamun+jerit+nangis+dll huh!!!

Tuesday, November 17, 2009

HadiAH!!!

Hari ni aku terima HADIAH dari Mr. Bos. Korang pecaya tak??? Aku pun tak percaya aku layak terima hadiah hehehe “syukur alhamdullillah~” bisik hati ku.

Seingat aku ini kali kedua aku terima BUKU sebagai hadiah cuma type dia agak berbeza. “Kalau 12 tahun lepas aku terima buku dari seseorang yang aku tak mahu ingat orangnya dan tajuk novel yang dia hadiahkan pun aku tak ingat (sebb buku tu dah aku bg pada orang lain)”. Kali ini aku terima buku yang bercirikan bimbingan/motivasi kot. Hemmmm…. Aku ada lah jugak koleksi buku2 yang jenis2 nya macam nie. Tapi terus terang aku katakan aku gembira terima buku ini, samada sebagai rujukan @ mungkin guru untuk aku heheheh… ceritanya tunggu nyeh, bg aku baca dulu isi BUKU nie….

Apa pun time kaseh mr. Bos, ilmu ini akan saya bawa ke syurga insyaALLAH. Terus terang aku labelkan Mr. Bos nie guru aku sbb kadang2/ kebanyakannya aku rujuk kepada dia hehehe…OK kan?

Monday, November 2, 2009

terasa.... sensitif ker haku ari nie???

seday hari nie... mmg seday, sampai bergenang air mata.... entah la manusia nie, bila org bercakap tanpa pandang wajah n menatap mata kita, bila bertanya sesuatu yg belum pasti dia pun tak tau apa sebenarnya, kita juga manusia yg punya hati dan perasaan. hummm harta, pangkat dan darjat seseorang tak menjamin kebahagiaan diri sendiri, orang sekeliling samada di dunia atau pun akhirat. kena ingat tue (untuk diri sendiri juga), hidup ini umpama orbit.....

mungkin hari nie malang sikt sbb haku pakai bju oren aka tungau huhuhuh kerdilnyaaAA!!! tapi ingat tau, tungau nampak jer kerdil kalau terkena mcmane? lu pk la sendiri hak!!

Thursday, October 22, 2009

chekodok pagi hari d musim tengkujuh

musim-musim hujan nie, best la sesangat kalau goreng chekodok untuk sarapan pg. jd tanpa berlengah lagi, apabila bancuhan sebati adunan td terus ditumpahkan ke dalam kuali yg berisi panas mengikut sukatan, maka terhasil la chekodok ikan bilis crispy n tasty hikhikhik






bila chekodok nie dah pun ditoskan selepas bermandikan minyak panas, ni lah hasil gambarnya...
gambar jer tau, kalau nak rasa "bancoh ler sendiri" (ala~ fasa sandle iklan garnier @ gardener) hikhikhik

bila chekodok dah ready, maka tak leh nak dihidangkan jugak... sian chekodok bila dihidangkan single gitu huhuhu jd tanpa berlengah masa... pasangan ideal chekodok pun disediakan... cuba teka apa dia???
1.. 2... 3.... ok masa dah tamat... jawapannya ialah.....


taADaa!!!!
C + i + L + i & K+i+C+a+P = Cili Kicap
**extra cili api lagi huhuhuh
:0') meleleh air hidung wa cakap lu
kuikuikui





bila dah hidangkan chekodok n couple abadinya cili kicap mcm nie la rupanya... org2 tua kata klu dah nampak hidangn yg mcm nie selalunya bila dah berebut-rebut makan org akan bertanya beli kat mana pinggan@ piring nie? (sambil tunjukkan piring@pinggan tu)
nak tau knp sebb nyer?.....






sebabnyer ialah.... bila chekodok + cili kicap dah tak nampak bayang pun dalam piring@pinggan aka dah abis/ minta tambah la... sbb tue la tunjuk pinggan sambil tanya hakhakhak...

ape pon mulakan dengan "bismillah... ALLAHumma~~, amin", nGaP! nGAP! :0D

bila tiba2

tiba2 org yg dah sekian lama hampir 11 tahun tak hubungi/temui/dsb muncul dengan mangalunkan suara di ganggang telefon,mengakibatkan aku terperanjat/takut/segan/gementar/ senang citer tak tentu arah... aku tak tau nak ckp apa cuma mendengar dan putuskan talian. malas nak melayan n malas nak involve dgn musibah mungkin? moga ALLAH sentiasa melindungi aku n keluarga ku.... amin

Wednesday, September 2, 2009

rindu

rindu pada yang telah lama meninggalkan kita (masa silam, org tersayang kembali kerahmatullah dsb)
rindu pada yang sedang meninggalkan kita (waktu)
rindu pada yang tak pernah meninggalkan kita (DIA)....
Hanya rindu padaNYA mampu mengubati segala kerinduan dimuka bumi ini..... insyaALLAH

insan sesuai dengan maksudnya iaitu
"menurut pandangan Al-Attas
ianya berasal dari perkataan arab iaitu nasiya yang bermaksud lupa".

Monday, August 31, 2009

Hujan Pagi2 11 Ramadhan @ Cyberjaya

Alhamdulillah hari nie merupakan hari yang ke 11 umat islam berpuasa. Pagi-pagi lagi hujan di Cyberjaya nie mencurah-curah beserta dengan guruh tak pastilah samada waktu nie disekalikan dengan kilat atau tidak. Aku yang dalam bangunan nie cuma boleh dengar guruh + hujan yang mencurah-curah jer… aku difahamkan bahawa disaat DIA mencurahkan rahmat dan rezeki adalah merupakan salah satu waktu doa dimakbulkan olehNYA, insyaALLAH … apa lagi?? doa… doa… doa….
Bismillah…. ~ ........ ~ amin…

psssttt... emmm rahsia tau doa kita nie antara kita dan DIA sahaja yg tau huhuhu