Sunday, December 19, 2010

tamat da.... musim haji kali ni

sabtu 12pg - aku 3 beranak g KLIA sama2 mjemput mak saudara (sblh suami) husband & wife (atau lebih dikenali sbg Busu & Pak Busu) balik dr mengerjakn haji kali ke-2, oleh kerana flight delay, jemaah sampai pukul 2pg+amik beg & brg2+settle dgn kastam dsb = smpai d Balai Ketibaan jam 3.30pg, ngantuk seh tp anak aku boleh main kejor2 lg time nih. aku & husband dah ngantok gilersss tp cover3 sbb mertua+ipar duai aku semua ader so aku bajek control la, padahal contact lens aku pun nak trkeluar sdr dr mata haku nih :P

lepas brsalam-salaman, diaorg g solat, lepas Busu+PBusu g solat, diaorg pun buka satu tuperware berisi "kurma yg masak ranum+sejuk+tidak dikeringkan lg = perhhhhh betol3 sedap, aku tak pernah rasa buah sesedap tu, seumur hidup, keinginan aku ke sana smakin melonjak2. tiba2 Busu pggil aku "lin nie ada sesuatu utk lin" smbil bg aku sebiji buah delima (besar gilers) pesannya "kamu mkn sorang2, org lain tak boleh mkn @ share, sesape pun", "husband n anak?" tiba2 soalan nie terpacul dr mulut aku entah mcm ner, jwpnya lg "xboleh, kamu sorang jer", "ok, terima kaseh busu". kami pun balik sampai di rumah jam 4.30pg.
time nie status anak aku : zzzzzzZZZZ

(smpai skrg aku tak paham maksud knp aku perlu mkn sorang2? ape tujuannya? apa khasiatnya?, husband aku pun xdpt jwb)

masih sabtu 3ptg - aku 3 beranak g KLIA lg, kali nie mjemput isteri sepupu aku (sbelah arwah abah aku di penang) oleh kerana ummi & adik2 aku tak dpt g sama2 jemput, jd aku sbg wakil mereka. Sepupu aku jugak la isteri dia tue kan? ok la, dia ke sana dgn mak ayah sahaja, sama juga situasi pg td, flight delay jugak, tp kali nie flight sampai jam 4ptg+amik beg & brg2+settle dgn kastam dsb = smpai d Balai Ketibaan jam 5.30ptg, anak aku dah start merengek, penat+boring+lapar+dsb (almaklum la dah 2 kali ke KLIA), oleh kerana aku tak berape nak kenai sgt dgn keluarga sblah isteri sepupu aku nie, aku bajek tggu dia smpai Balai Ketibaan jea, jenuh gak kami memerhati sbb takot gak dia dah keluar trus balik ke Taiping (mak ayah dia dok taiping). tengok punye tengok seb baik la husband aku cam kakani (nama dia) tue.... bekejarlah kami ikot kakani keluar dr Balai Ketibaan, sambil brsalaman+brpelokan+berkuncupan hahahah aku jer husband aku tak :P

pastu sembang punyer sembang punyer la sembang, anak aku dah start buat hal, dah bising2 dah, aku pon minta diri, pd masa yg sama adik beradik kakani g amik kereta kat parking utk amik kakani dll di aras yg sama. Bila aku bgtau aku n husband nak balik kakani pun kelam kabut la nak bg mcm2, aku bgtau "xpe kak lain kali jumpe nnt la bg insyaALLAH", dia pun jwp "sat la dik oiii, sat... sat... sat, amik nie ayaq zam2 nie", "xpela kak.."sambung aku lg.

dalam waktu tue dia org dok kosongkanlah mineral water utk gantikan dgn air zam2 setengah botol, time tu trdengrlah suara org tua kakani "doh la tue, banyok nyer kamu bg, huishhh kamu nie ani, g lama2 takkan nak bg bnyak2, dah2 cukup la tue", aku jd malu sgt2 sbb aku tak mgharapkan ape2, aku terus tanye husband aku "mcmner nie abg?", jwp suami aku "ambil jea, n ckp susah2 jea, then minta maaf la kita trpaksa balik dulu", aku pun buat+ckp mcmner yg husband aku pesan, entah la aku & husband nampak kakani mcm serba salah, then kami pun balik.

(aper pon suka aku nak ckp kat sini :
aku dtg sbg ahli keluarga, aku tak mengharap apa2 pun, hanya ALLAH sahaja yg tahu :)

Tuesday, December 7, 2010

6 tahun da...


06 Disember 2010 Adam genap 6 tahun. Masih manje, ngegade, takut gelap (mcm aku), kuat merajuk (mcm aku ke? babah dia kata lar), rajin menyakat, rajin tolong ibu & Babah dan yg paling trharu dia dah mula solat, setakat nie alhamdulillah cukup 5 waktu ikut babah (jemaah) katanya.

imbas kembali... tanpa aku & suami sedari sebelum sampai tarikh istimewa nie, kami dah awal2 lg dh bg hadiah pd dia

4 bulan sebelum, dia dihadiahkan kereta Ferarri Merah Model F430 (kereta mini jer);
3 bulan sebelum, dia dihadiahkan kereta control Ferarri Enzo;
2 bulan sebelum, Birthday Party di Kindegarten (ada Badut, Photografer, dll) dia request awal2 klu dia score no.1 masa final year exam;
1 bulan sebelum, dia didaftarkan kelas aikido (aku bg dia dua pilihan silat / aikido); dan
06 Disember dia dihadiahkan Buzz Light year (smlm dia bgtau Buzz dah berkenalan dgn kawan2 toys ada nama Puci, Aci, Hokaci, A-ciCat dll) suke sgt dia bg nama lain pd toys.
Pg td dia request d khatan+khatam hujung tahun depan (ayoyo belom masuk tahun 2012 ma...) dialog pg td bunyinyer begini "ibu... babah... boleh tak taun depan masa cuti mcm nie (cuti pjg aka akhir tahun), adam nak sunat dgn nak khatam quran sekali bole?

hurmmm anak~ anak~
Doa ku "moga dirimu menjadi mu'min sejati yg berjaya ddunia dan akhirat, amin"

Tuesday, October 19, 2010

aminkan ajew



hikhikhik terkekeh-kekeh aku ketawa bile sorang adik kat opis nie kena bahan sampai merah padam muka & minta tolak bala kuikuikui... mane tak nyer dia kena bahan sbb dok melepak je kat kaunter opis aku sambil membahan aka melayan sorang budak PRE yg comel la jugak (PRE = Prog. Rangsangan Ekonomi ke hape.. aku pun dah tak ingat da...)

tp bila depan kita org adik nie dok kutuk dsb budak PRE tue, sian budak tue, sbb tuela kakak2 nie trmasuk aku membahan dia semula "hati teringat, mulut myebut" hakhakhak dok asik mnyebut smpai kan aku dgn sorang kakak nie doa time hujan ribut semalam depan2 budak tue, cam nie doanyer

Ya ALLAH, Kau jodohkan lah _ _ H _ _ nie dgn dak Mimey, semoga mereka berjodohan berdua Ya ALLAH, sesungguhnya Kau Maha Adil, Amin.. (aku pun amin jgak)


hape lg beNGANG la dia coz dia pun tau doa time hujan mencurah2 nie antara doa2 yg dimakbulkan insyaALLAH... hakhakhak baru la dia mngelabah ckp syg awek dia sorang jer..

ingat tue semua mata memerhati tingkah laku kita, bak kata nenek kebayan tak sungguh tak melata....(korang sambung la sendiri)<---- ala iklan Garnier "ukurla sendiri" :P

*pg nie dia msih lg dok melepak jugak kat situ...

Monday, October 18, 2010

bila aku tegur dia


org lelaki nie... jrg sgat2 bila ditegur boleh terima teguran tue dgn baik atau dia cuba muhasabah diri, hurmmm sampaikan lastly aku lak yg merajuk dek nafsu amarahnya yg menyinga... huhuhu lelaki ohh lelaki, ikutkan hati nie nak jer aku cabut lari....

status mode aku ialah.... merajuk kot? aku pun xtau dah nak decribe perasaan hati aku, waima td sms dia berbunga2 berjanji berbagai2 tp hati aku ttp kosong... mcm takde perasaan, aku baru perasan yg aku xrasa ape2 pun dgn sms dia yg berjela2 knp nyeh???

Monday, July 12, 2010

Sport Day 2010



"Ibu.. Ibu... Adam nk mkn biskut Tiger la hari nie" kata adam pd ku

"iyea~ knp pulak nak mkn biskut Tiger hri nie?" tanya ku pdnya

"Adam nk lari laju skali hri nie, hri ni kan Sport Day, Adam nk bg skolh Adam Laman Cerdik Persint 9 menang" terangnya lagi. Trsenyum aku bla ank lelaki tunggal ku bgitu brsemangt nk brsukan :)

"Ibu tlong doakn tau, bg skolh Adam menang" pintanya, aku cuma mengganguk stuju dgn prmintaannya, dlm hati ku brbisik ibu tak pernah tak doakan Adam, ibu akan sentiasa doakan kejayaan Adam, insyaALLAH selagi ada nafas ini

Ontheway ke venue Sport Day kami sggh di stesen petronas beli biskut Tiger, brsungguh2 Adam mkn:P.Kami smpi trlalu awal, belom ada parent yg smpi lg, jd sempat la Adam brehat, smbl tunjkkn aksi2 yg mncuit hati aku & babah dia.

"Ibu... Ibu... kwan Adam dh sampai, ibu pegi la duduk kt babah nyeh" katanya, mungkin dia xmahu aku mengganggu dia n kwn2 brborak mcm2 wlpn mrka brjumpe tiap2 hri dskolh. "ok" jwpku. sambil brlalu n aku curi2 snap aksi Adam & kwan2 guna DSLR yg aku pinjam dr mr. Loke, TQ mr. Loke @ Mr. Bos :D.

Monday, June 14, 2010

aku bukan PUNCHBAG

kalu nak bicara soal hati nie, hurmmm mcm2 ada, tp yg aku dpt highlight kat sini ialah perihal cik PinK.

aku kat opis nie dah hmpir setahun, dia baik jer maksud aku PR dia dgn aku bagus arrr. tapi lately aku nampak dia cam EMO dgn aku. aku pun tak tau knp, mungkinkah aku yg over sensitive? no way gurl's... please~

apa pulak perasaan korang bila kena sound setiap hari atau selang dua hari (sabtu ahad)? apa perasaan korang bila org pertikaikan kerja2 kita yg kita buat base on "IKHLAS". kalau aku nak bahagi2kan kategori ikhlas nie banyak.. biarlah CIKGU aka BOS aku yg bahagi2kan sbb dia lebih tau dr aku, selalunya bila dia explain aku paham tp utk aku kongsi dgn org lain hurmmm jd tungganglanggang maksudnya hahahah jd lupakan jer la.

berbalik pasal cik PinK nie.. aku nie bukan la nak ngutuk tp bila dah kena sound depan public takkan la haku nie batu aka kayu. aku manusia ada hati, ada perasaan, ada maruah? tanya atau tegur elok2 kita kan org M'sia rugila kalau ko PTD tp xde budi bahasa takde budi bicara(hati aku mcm nak marah pulak) asalnya perasaan aku awal2 lg rasa (malu+sedih+trkilan+trkulat2+blur) yealah kena sound pada perkara yg pd aku tak perlu, pd aku tak patut. mungkin dia bos jd dia pk suka hati dia la gamaknya.

aku tertanya2 yg dia nak hangin kat aku knp? apa yg dia tak puas hati, sbgi PTD aka Bos unit aku, at least but not less profesional la... acting like good bos la, not "GOAT BOS". apa susah panggil aku masuk bilik n tegur, tanya then bla bla bla... senang kan? (takkan tue pun aku nak ajar cik PinK oiiiii) semua perkara boleh disscuss. jgn la main tembak jer.. takkan itu pun aku nak ajar, nama jea siswazah, ijazah bergulung2 tp akai zeRO.

mungkin dia ada masalah peribadi, tp aku bukan punch bag ok?

Wednesday, May 26, 2010

utara ke selatan?

Aku pilih UTARA kali ni, bukan tujuan bercuti, untuk bergumbiera jauh sekali. perjalanan kali ini lebih kepada menziarah paklong yang dah uzur, nak berjalan pun dah tak mampu, inikan pula nak dtg ke putrajaya untuk menjenguk anak2 buah. jd kewajipan anak buah la yg sepatutnya menjenguknya... hurmmm (bergenang air mata nie). bila brkesempatan balik penang aku, ummi n adik2 akan pekena sakan nasi kandaq, char kuew tiaw tak lupa juga laksa janggus :P besttt owwWWW!!! rugi kalau balik penang nak pekena bahn-bahan penambah berat badan nih :P

tiap kali balik dari penang aku mmg perasan benar, kami adik beradik akan berdiam diri, entah la aku pun tak tau kenapa malaikat lalu ker atau mungkin memori arwah abah kembali kot... sbb wajah tua paklong yg dihiasi dgn kedutan2 itu iras wajah adiknya iaitu arwah abah aku... mereka dua beradik jer lahir di bumi nie, itulah hadiah arwah tok brahim + arwah tok arba'yah pd aku adik beradik. kami rapat dgn paklong n maklong pun selepas arwah abah meninggal. kalau tak, mungkin sampai dinihari aku tak kenal siapa paklong aku hurmmmmm... carik2 bulu ayam akhirnya bercantum juga...

Biasa la bila berjumpa dgn paklong, paklong yang duduk kat katil usang nya akan bercerita kisah dia dan arwah masa kecil2, beria-ia dia bercerita, sambil berderai ketawa tak kurang juga bergenang air mata mengiringi cerita paklong... hurmmm paklong... paklong... semoga sehat selalu, terubat juga rindu pd arwah bila menatap wajah paklong :'(, al-Fatihah untuk arwah abah..